Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 18, 2012

dua kejutan dalam 1 hari!

salam Olls~

lama tak menulis..hari nak menulis pasal diri sendiri
yang menerima 2 kejutan dalam masa 1 hari..hehe..
(macamlah selama ni cerita pasal org lain..hahaha)

6 april hari tu my beloved suruh saya cuti ikut dia pegi
balik kg dia...saya pun cutila..xde fikir lain pon...sampai kg dia,
ingatkan nak wat ape..rupanya dia dah plan dengan family dia
nak masuk meminang...hehehe..suka sangat! sebab dia
buat surprise untuk bertunang pada hari saya lahir!!
weeehuuuu~ tarikh 21 april 2012 adalah tarikh yang akan diingati
buat selamanya..insyaAllah..

so, sekarang tgh wat persiapan sket2...ada yang belum siap lagi..
hantaran baru separuh..baju mak buatkan...ntah dah siap ke belum..
honestly dalam masa yang singkat nih, saya rasa pening tak tau nak uruskan mana satu..
:( nasib baik ada ibu ayah dan adik beradik yang byk membantu beb!
cuma kan...tetiba terkenang pada org yang tak ada ibu ayah dan keluarga lain untuk
tolong masa hari kebahagiaan diorg...sob2..sedihkan...sapelah nak tolong diorg...
saya xmampu nak teruskan hidup kalau jd macam tu..dan obviously saya mmg
seorg yang bertuah masih mempunyai ibu bapa...

Oleh itu, saudara saudari cikebung cikebung, tolonglah HARGAI ibu bapamu
sementara mereka masih ada.....

stop hal itu, sambung kejutan kedua...

hari yang sama..nak balik KL semula..dia telah bagi hint pasal sesuatu...
memula dia tanya..apa u rasa eh kalau ada org rahsiakan sesuatu dari u?
aku dengan lajunya terus menjawab.." tak kisah pun tapi tgkla apa yang
dirahsiakan..." dia jawab contoh? then aku jawab yela, macam u kata u
nih buang tapi sebenarnya u dah kawen ke..atau sebenarnya u nih anak raja ke
tapi xnak bgtau...hahahaha...

then dia kata...i sebenarnya ada benda nak ckp...tapi tunggu sampai masuk highway dulu..
kalau  u nak marah pun, u akan tinggalkan i kat highway je..senang i nak balik...berdebar2
plak hati aku nih...apela dia nak cakap..then dah masuk highway..
terus dia bgtau perkara sebenarnya..
dia ckp skrg nih dia ada rahsiakan sesuatu hal dari saya sejak kitaorg mula kenal lagi
iaitu 4 tahun yang lepas...saya tanya lah apa dia? then dia ckp...sebenarnya u tau ke umur i brape?
then saya ckpla..mestilah 30 (2 tahun lagi tua dari saya)..then dia ckp, tak..sbnrnya umur i 25.
HAAAAA!! dgn rasa terkejut aku pun tumbuk2 bahu kiri dia dan kata..wehh...nape xbagitau dari dulu!!!
then dia kata..i dah terlanjur tipu sume org..sebab tu i x bgtau u...

aku pun sambung dengan tangisan yang tak henti2 mengalir...entah dalam diri aku nih timbul rasa
malu yang sangat2 terhadap dia kerana aku sebenarnya tua 3 tahun dari dia...malu sungguh sampaikan aku x mampu nak marah dia tapi aku marah dgn diri sendiri kerana mudah sgt percaya dengan org lain...
bila dia lihat aku menangis, dia kata apa u fikir..u marah i ke? aku pun jwbla..aku x marah pon dia..tapi
aku malu..aku takut org ramai mengata...dia kata pedulilah ape org ramai nak kata...sebab dia yang pilih aku.. bukan diorg...lagi pun family dia semua dah tau yang aku nih tua 3 tahun..cuma AKU SORG jek
yang xtau...bila aku dgr yang family dia dah tau, lagilah aku menangis beria2 sampai teresak2...
dia tanya lagi kenapa..aku cakap aku malu...dia terus marah aku..dia kata buat ape nak malu...umur
tu cuma angka saja..jgn fikir sgt...

sedih aku..aku ingat aku dah lari dari takdir aku selama nih asyik kecundang bila aku bercinta dgn org muda..rupanya takdir yang aku cuba lari sejauh mungkin mengelak darinya ada betul2 didepan mata aku...
aku sendiri tertanya2 aku mampu ke nak hidup selamanya dengan org yang muda dari aku...

KALAU KORANG MACAMANA?












 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space