Friday, June 1, 2012

seingat aku time dia mcm sekarang la kan?

salam Oll..

harini energy dalam opis aku sangat high! high bukan dari segi positif tapi negatif..
negatif sampai effect kat aku gak serba sedikit...

sebelum tu mari kita bersyukur sebab hari ini adalah hari jumaat dan sedar tidak sedar kita sudah sampai ke tarikh 1 JUN 2012....rasanya mcm baru jek semalam aku tengok kalendar dan melihat tarikh 1 JANUARI 2012..betulla kata tunang aku..masa berjalan begitu cepat sampai kita xsedar pejam celik pejam celik kita susah sampai ke tarikh lain...sebab tu dia sangat risau pasal kehidupan kami kelak kot...(sorry dear..it's not that i'm not understand u but i just don't want you to become so worried about our becoming future about..)

Kenapa aku nak mintak maaf pulak eh...hurm..sebenarnya pernah jugak selepas bertunang ni kami bergaduh pasal masa depan....sampai 2-3 hari tak bertegur..dia kata aku ni fikir pendek..aku pulak kata dia terlalu over berfikir...tapi itula dia..aku anggap ini dugaan untuk aku atasinya dengan bijak supaya aku dgn dia boleh hidup aman hari ini, esok dan selamanya, InsyaAllah...

itu kisah hari itu...ini kisah hari ini..ntah dalam bulan jun nih aku rasa tahun lepas ngan tahun ni sama jek..mesti aku dalam kesusahan..mungkin ini la time2 kemuncak dalam hidup aku kot..segalanya mesti diatasi dalam bulan ini untuk kelangsungan hidup masa hadapan...

malam tadi pun ada pergaduhan lagi ngan tunang aku...bagi aku dia terlalu fikirkan kawan2 dia melebihi aku...tapi aku pernah dgr lelaki memang mementingkan kawan2 dari bini atau girlfriend atau tunang sendiri.. yeke??? aku tak taula sejauh mana kebenarannya...yang dia plak kata aku terlalu berkira...aku ngan dia mmg xpenah berkira...zaman dia susah ngan zaman dia senang aku sentiasa ada di sisi dia...dan aku tak pernah mengungkit (seingat aku la..hehehe) apa jua yang pernah aku tolong dia..tapi mmg betul aku berkira kalau ngan kawan2 dia...ini aku mengaku...

tapi malam tadi sebelum tidur aku berfikir gak..org yang aku berkira tu kehidupan dia agak kesian gak sebenarnya..dan perbuatan aku pada dia sekarang ni mmg agak kejam la...sebab dia nyer bini ngah sarat nak bersalin..dia plak baru disahkan ada penyakit tonsil dan akan di operate 10 Jun ni...kesian dia..aku plak wat kejam kat dia...jahat2...so bad me~ so aku pun dah memulakan langkah meminta maaf dgn tunang aku tp dia diam jek...aku tanya sepatah jawab sepatah..aku tanya lagi langsung dia diam ja...so kat sinila aku meluah rasa yang aku redha dgn apa saja yang dia fikir tentang aku....

itu diri aku..kat opis ni plak ada opismate yang duk depan aku ngan sebelah aku gaduh plak....langsung xbertegur sape...aku plak kena jadik org tengah..aduuuuuuh...susah sungguh...aku yang menerima impak ketegangan ini tau dak...aku nak ckp lebih2 pon xguna..sepak pon xkena..aptb la...aku hanya mampu berdoa semoga diorg dapat selesaikan salah faham antara diorg dan berbaik semula amin...

bila dalam kesusahan nih teringat istilah omputih salu kata...

(ehsan from 4kiki.com)

tapi kita sebagai umat islam seharusnya mengamalkan doa ini....


biar aku jadik translater tak berbayar...hehehehee - doa ini dibaca oleh Nabi Yunus ketika dia berada dalam perut ikan Nun...dia dalam kesusahan tidak tahu bagaimana nak keluar lalu dia membaca yat ini..ayat ini juga digelar ayat KARIMAH...insyaAllah, sgt berkesan bila berada dalam kesusahan...didalam Al-Quran surah ini terdapat dalam surah Al-Anbiya (21:87)..


selamat beramal dan jgn merenung lama2..>_-

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space