Wednesday, October 31, 2012

personal loan untuk pekerja swasta

salam semua..
pagi2 dah runsing dengan masalah duit..
ada duit susah..takde duit lagi susah..
ada duit susah sebab:
- boleh membawa kepada bongkak diri (x elok yer kawan2)
- boleh membawa kepada lupa daratan (ni lagi  xelok)
- boleh membuat kita lupa bahawa hidup didunia hanya SEMENTARA
 yang kekal hanyalah di AKHIRAT kelak (sekian ceramah singkat.bhahaha)

takde duit susah sebab:
- kalau ada perkara urgent xde lubuk nak bayar duit..(lubuk means simpanan you all la)
- boleh gaduh sesama keluarga dan rakan sebab bila korang xde duit mestilah
  nak kena pinjam kawan atau keluarga. lepas tu dah byr benda lain, xde duit plak
  nak bayar org yang korang pinjam tu. xke bawak bergaduh..
- aku pernah baca juga kefakiran membawa kepada kekufuran..kalau boleh
  kita kalau xde duit tu, jgnla sampai hilang kepercayaan kepada Allah dan takdirnya..
  insyaAllah kalau kita bersabar, akan ada ganjarannya..(dahla tu ceramahnyer ustazah oit..oppss..sory..)

tu hal orang.
ni hal fina pulak. lagi 10 bulan nak kahwin perancangannya.
dengar macam lama kan? tapi tu sebenarnya tak lama.
dengan kelajuan putaran bumi yang sedia ada sekarang,
bulan 9 2013 tu akan datang dalam sekelip mata gergasi je.
nape gergasi..yela kalau sekelip mata dia agak lama gak la nak berkelip.haha.yeke?

tadi google la personal loan untuk pekerja swasta (macam aku ni)
tapi susahnya la nak dapat yang betul2 nak tolong org mcm aku ni...
ntahla..tensi jek rasa...bukan nak dabik dada cuma aku boleh sebenarnya nak simpan duit,
tapi most of duit aku dapat setiap bulan aku labur untuk perbelanjaan rumah.
macam bayar sewa la..aku anggap aku byr sewa jekla memandangkan
sepatutnya umur dah tua macam aku ni dah patut kawen lama dah...

tapi tuhan tu kata, jodoh aku lambat...lagi pula dengan rupa paras ku yang
xbegitu menawan serta aku seorang yang kasar susahla nak dapat jodoh kot..
seb baik ada "ORG BUTA" yang sudi nak bertunang ngan aku..bhahahahaha...
jahat la aku nih..mungkin dia nampak kebaikan didalam aku ni bukan luaran..
TERIMA KASIH untuk dia yang byk berkorban untuk kami hidup bersama (iskk2..sedih..)

dahla..cukupla tu..yang penting, motif kat sini, aku sebenarnya nak cari

LOAN UNTUK MAJLIS AKU NANTI...waaaaaaaaaaaa~

sekian.


nota kaki : pls anyone, help me?

(ehsan: encik google)

Tuesday, October 23, 2012

++persiapan perkahwinan++ budget perkahwinan~

salam all..

hari ni saya jahat.. bos pagi2 dah masuk pastu ntah hilang ke mana so saya pon naik tocang la..huhuhuhu
selepas SIAPkan sume keje (ni penting okeh), barula saya mencari bahan2 untuk membuat budget perkahwinan...

terjumpa satu website ni yang best sangat sbb bagi detail jugakla untuk budget perkahwinan...
maksud detail tu bagi fina adalah perkara2 untuk anda buat untuk hari perkahwinan anda ada di situ..

totally fina punya budget ambik buat kat situ...tapi fina ubah sikit dalam excel pastu letak price ikut
apa yang fina dah buat...honestly fina tak suka nak fikir benda2 yang memerlukan ketelitian KECUALI
kalau itu proses penyiasatan..serius. I LOVE to investigate! hahaha

nihla padahnya kalau banyak sangat baca buku2 penyiasatan, tgk cerita2 detektif, tgk tv, tgk filem..huhuhuh
ha selit sikit cerita filem terbaru yang fina nak kongsi and giler dying nak tgk..

TAKEN 2

ahhhhhhhhhhh...citer ni sangat mendebarkan...(dah tau padahal belum tgk lagi) hehehe
ni based on perasaan tgk taken 1 la...seronok untuk dinikmati cerita ni..pi la tgk...jgn malu2..hehehe..

oklah..inila link website yang fina ambik detail untuk buat budget perkahwinan...happy budgeting!!


p/s: lupa nak bagitau, ada checklist sekali apa yang perlu dibuat untuk berkahwin..heheh..


Friday, October 12, 2012

teman pengganti (ku sudah lama ada :p)

Salam Jumaat semua...

Hari ini rasa sayu telah menyelubungi di pagi hari..susah nak ungkapkan kenapa...
mungkin aku bukan penulis blog yang baik untuk mengungkapkan segala isi hatiku
sebab tu korang xdapat nak menyelami apa yang aku rasa...
hahaha...merepek suda....

sebenarnya pagi2 hari aku dah dengar lagu ni..(scroll la bawah yer..)


Teman Pengganti - Black ft Malique

Susah nak nafikan lagu nih MEMANG BEST giler!!
enjoy guys! jap2...pos lirik dia sketla..

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz293ujvK4




Monday, October 8, 2012

new column for jawatan kosong - account saja -


Dear All..

actually already have this idea in my head a few months ago..but i don't have much time to 
put in my blog..don't worry people as today i got much passion for speeding typing..hahaha

okey, let's straight to the point. today officially is the day that i want to make some column 
for accounts/audit related job vacancies..yahoo! 

The reason why i do this is because:

- i want to help other people who still searching the right and suitable job for their self..just like me..
- i love to type (yela tu T_T)
- honestly i need to increase number of visitors to my blogs (thank u in advance all..)
- i'm graduated from accounting background lor...
- u think your self la huhuhuhu

Hope Allah will bless me and granted me with more rewards through all the becoming job vacancies advertisement later...(if it really help others lol) hahaha

tQ.. below is a dzikir that you can practice to help you get  jobs in future..InsyaALLAH!

Image Hosting

notakaki: penat seh menaip dalam bahasa inggeris ni.mujur ada google translation membantu..huahauhauhau...(akuyangtakpandaimenulisceritainggeris...)

Wednesday, October 3, 2012

kerja baru oh kerja baru..

salam..hari ni tamak sket sbb rajin plak buat dua entry..(ayat semalam..)

nak kongsi hal2 fina ni sekarang sangat rajin mencari kerja baru untuk diri sendiri dan encik tunang..
encik tunang ku pulak sedap2 je pas sijil kat aku pastu suruh aku isi borang...hahaha..
aduhai..takpelah, demi cinta +kasih sayang aku sanggup je isi borang...
jgn nanti bila dia dah dapat keje bagus, aku pulak dilupakan...sangat tidak suka...sob2...

semalam pon ada rasa xsedap hati waktu tgh usha2 kerja baru kat website...tak tahulah kenapa..
rupanya hari ni encik tunang ku nak dipanggil oleh org HQ dia pasal being rude dgn customer..
ada orang complain dia...hurm...aku xtaula nak cakap apa untuk tenang kan dia sebab 
aku tau dia mesti tgh kusut tu...cuma aku ada bgtau dia yang aku doakan dia baik2 je..
kalau ditakdirkan dia kena buang keje sebab org complain tu, 
aku harap ada hikmahnya since kami tgh mengumpul duit nak kawen ni...
kusut jugak nak cari duit nak kawin ni..orang ramai bole berkata apa2 saja 
kerana yang menanggung bukan diorg tapi kami berdua...

jenis aku pulak kalau boleh taknak mak ayah aku tanggung sume pasal perkahwinan ni..
biar aku saja yang buat semuanya dari segi kewangan, material dan tenaga ...tapi bila aku cakap nak
jimat sebab nak cari duit untuk kahwin kan, sume org pelik pastu tanya apa pulak kau sibuk2...
kan lelaki yang kena cari duit...ntahla...bagi persepsi diorg tu salah...bagi aku, 
aku lebih suka kalau majlis tu guna duit dari titik peluh aku sendiri...cuma kalau orang baca ni,
mesti kata macam aku yang beria2 nak kawen ngan jantan tu...huhuhu..xpela, macam aku penah cakap..
mereka bisa berkata apa kerana yang menanggungnya adalah aku dan keluarku...biarkan jekla...

okeh, enough about that. sekarang aku nak kongsi pasal kat link mana aku salu cari kerja...checkidout!!!


lagi satu , jobs malaysia...memang best ini tempat update giler~huhuhu..
okeyla, nak sambung keje...heheh..sebelum wat apa2 dalam kehidupan kita eloklah diamalkan ayat ini...


" Rabbi Yassir Wala Tu’assir, Ya Karim.."
maksudnya : Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan.



Monday, October 1, 2012

shila hamzah juara asian wave 2012! i like.

salam all..

ntah kenapa fina pon tumpang gembira atas kejayaan shila hamzah ni..
sebab memang dia deserve kot..sangat best dia nyanyi okeh.
boleh meremang bulu roma bila dia dah start bukak mulut..
comel pon comel...
sejak dia pakai tudung rezeki makin melimpah..sangat2 tahniah untuk dia..

ha korang dah tgk belum video dia nyanyi kat sana? best woooo~
Orang malaysia menang tu lawan negara asia lain..phewwiittt...
fina paling suka dia nyanyi lagu zheng fu ngan lagu adele tu..

meh la layan dia nyanyi ni...fina letak dua video yang fina suka sangat tgk...



nih dia nyanyi lagu tajuk Zheng Fu...(ihsan: youtube)



yang ni plak lagu set fire to the rain by adele ..perghhh meletup (ihsan: youtube)

notakaki: betul tak fina kata bile dia nyanyi, bulu roma korang meremang???
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space