Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 23, 2012

FRUST.

FRUST..itulah perkataan yang tepat menggambarkan hati aku sekarang.
hanya tangisan sahaja yang mampu ku lakukan untuk hari ini.in fact bukan hari ini saja,
dah seminggu dah..

aku akui kehidupan selepas bertunang memang mengujakan dan seperti yang aku
fikirkan, mmg MENCABAR.ini yang harus aku fahami dan telan setelah menjadi
gadis yang berdarah manis.(gadis yer, wanita nampak tua sgt.*-')

puncanya bukan besar sangat sampai melibatkan orang ketiga pon cuma sebak dan kecewa
yang membuak2 di hati wanita ini begitu besar..(eh td gadis, skrg wanita plak.huh!)
aku kecewa dgn sikapnya..aku jua keliru kerna aku tak tahu sikap aku juga yang membuatkan
aku sebegini kecewa..

setelah seminggu berdiam, hari ni baru aku mampu meluahkan isi hati aku pada dia.aku harap dia
akan memujukku kerna sikapnya yg mengecewakan itu..tapi harapan tinggal harapan..aku tau sebenarnya
jauh dalam hati dia teringin nak menjadi gentleman tapi aku sedar itu bukan dia..hakikat bahawa
sikap budiman itu mmg bukan dia sebenarnya aku sendiri sudah mengerti cuma aku masih mengharap
aku rasa....tanpa kata maaf atau simpati dari dia, perasaan kecewa ini lebih menusuk2 ke dalam dada
hari ini berbanding seminggu yg lalu...

aku tahu...menangis pon tidak mampu menghilangkan luka di hati ini...kerana bukan sekali tetapi sudah masuk kali kedua aku menangis sendiri atas kejadian yang sama...aku kena kuat. itu yang setiap kali aku
buat bagi mengubati hati sendiri...

doa aku kepada si dia, semoga hatinya dibukakan untuk sentiasa menyayangi aku apa adanya dan semoga dia akan sentiasa melindungi diri fizikal dan hati ini ..dan aku doa aku untuk diri sendiri yang aku akan lebih tabah menghadapi hari2 dan ketika2 seperti ini..

ingin aku kongsikan doa untuk mengurangkan perasaan kecewa untuk semua dan diri aku ini..

DIAMBIL DARI SURAH YASIN AYAT 76. URUT BAHAGIAN DADA ANDA SAMBIL BACA:

"maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan2 mereka (terhadapmu).Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan"(Yassin:Ayat 76)


Assalammualaikum..





Tuesday, July 3, 2012

masih belum terlambat..

salam semua warga muslimin dan muslimat khususnya..dan salam sejahtera secara amnya buat semua warga dunia...

kenapa mukadimah hari ini macam nak berpidato pulak ni..hahaha..saja jer bagi menajamkan skil menulis dengan bahasa yang penuh bukan men2 shorcut jek mcm bebudak mudaremaja skrg..sampai nak baca pun ntah xfaham lor...

sebenarnya nak menempel satu "Kalendar Islam" yang ternampak kat http://trigyy.com .
nih dia...


kalau xjelas, boleh save as kat pc korang...bagus kalendar nih...ada jadual  and tarikh puasa sunat, wajib dan hari yang diharampak puasa.. Puasa sunat tu macam2 ada contoh, puasa isnin khamis, puasa arafah, puasa asyura dan sunat syaaban. 

Tarikh-tarikh penting dalam islam pun ada cth awal muharam, maulidur rasul, isra' mikraj, nisfu syaaban, Nuzul Quran, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan sebagainya..

* tapi bila aku teliti, macam ada ralat sikit kat jadual nih sebab dia tulis Nisfu Sya'aban @ 15 Sya'aban jatuh pada 27 Julai..tapi bila aku perati balik, 15 sya'aban tu jatuh hari khamis, 5 Julai. aku tgk kalendar kuda akupun 5 julai tu Nisfu Sya'aban..mata aku yang kero (kata org johor) ke atau dia yang salah ni...

Ntahlah..tpi aku rasa dia salah taip kot..xpela..manusiakan tak sempurna...silap2 tu biasalah..cuma yang patut dipuji adalah usaha manusia yang sanggup tampil membuat jadual tarikh2 islam ni..salute lah!!

apepun..aku nak ingatkan korang yang harini 3 JULAI 2012 iaitu 13 Syaa'ban so khamis ni 15 syaa'ban ada banyak pahala kalau korang puasa dan ber qiamullail..sesuai ngan hadis nabi nih..


Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."

So, Kepada semua, Selamat Beramal yer...


 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space