hanya tangisan sahaja yang mampu ku lakukan untuk hari ini.in fact bukan hari ini saja,
dah seminggu dah..
aku akui kehidupan selepas bertunang memang mengujakan dan seperti yang aku
fikirkan, mmg MENCABAR.ini yang harus aku fahami dan telan setelah menjadi
gadis yang berdarah manis.(gadis yer, wanita nampak tua sgt.*-')
puncanya bukan besar sangat sampai melibatkan orang ketiga pon cuma sebak dan kecewa
yang membuak2 di hati wanita ini begitu besar..(eh td gadis, skrg wanita plak.huh!)
aku kecewa dgn sikapnya..aku jua keliru kerna aku tak tahu sikap aku juga yang membuatkan
aku sebegini kecewa..
setelah seminggu berdiam, hari ni baru aku mampu meluahkan isi hati aku pada dia.aku harap dia
akan memujukku kerna sikapnya yg mengecewakan itu..tapi harapan tinggal harapan..aku tau sebenarnya
jauh dalam hati dia teringin nak menjadi gentleman tapi aku sedar itu bukan dia..hakikat bahawa
sikap budiman itu mmg bukan dia sebenarnya aku sendiri sudah mengerti cuma aku masih mengharap
aku rasa....tanpa kata maaf atau simpati dari dia, perasaan kecewa ini lebih menusuk2 ke dalam dada
hari ini berbanding seminggu yg lalu...
aku tahu...menangis pon tidak mampu menghilangkan luka di hati ini...kerana bukan sekali tetapi sudah masuk kali kedua aku menangis sendiri atas kejadian yang sama...aku kena kuat. itu yang setiap kali aku
buat bagi mengubati hati sendiri...
doa aku kepada si dia, semoga hatinya dibukakan untuk sentiasa menyayangi aku apa adanya dan semoga dia akan sentiasa melindungi diri fizikal dan hati ini ..dan aku doa aku untuk diri sendiri yang aku akan lebih tabah menghadapi hari2 dan ketika2 seperti ini..
ingin aku kongsikan doa untuk mengurangkan perasaan kecewa untuk semua dan diri aku ini..
DIAMBIL DARI SURAH YASIN AYAT 76. URUT BAHAGIAN DADA ANDA SAMBIL BACA:
"maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan2 mereka (terhadapmu).Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan"(Yassin:Ayat 76)
EHSAN: http://pakarhowto.com
Assalammualaikum..
No comments:
Post a Comment