Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 28, 2010

fina dan kacang ajaib


salam..ceritanya bermula begini..pada zaman tak la dahulu sgt..ada seorg gadis bernama fina yang sangat indah parasnya dan comel.dia memang  tidak gemar memakan kacang apatah lagi menonton rancangan "kacang" di tv1 pada setiap ptg ari minggu. namakan ape sahaja jenis kacang, pastinya sumua itu akan ditolak mentah- mentah..kecuali...kacang bOtak.kenapa? kerana bunyinya sungguh sexy..kacang botak~aww!! haha.(adui gatai nampak??haha)

hendak dijadikan cerita, pada suatu hari sedang dia berjalan2 ternampakla olehnya akan satu notis (zaman dulu panggil notis ke? ah layan jekla..) yang ditampal di satu pohon menyatakan kebaikan makanan2 dan khasiatnya dalam islam..Hampir setengah jam kusyuk membaca (lamanya..kau baca ke eja neh??), arakian ternampakla beliau tentang kebaikan memakan kekacang...

"Semua kekacang menghasilkan kekeringan..Kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana apabila dimakan banyak akan menjejaskan perut..Ada hadis yang mengatakan amalan memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati,mata berair dan menghapuskan kesombongan.."

setelah membaca notis itu, tersedarla beliau bahawa punca kekerasan hati lalu menjadi mafia yang selama ini di beritahu oleh kawan2 mungkin disumbangkan sedikit sebanyak kerana tidak menyukai makan kekacang..
Lalu, terfikirlah oleh beliau bagaimana untuk mengatasi masalah ini...Adakah ingin terus membeli kacang cap ibu jari di kedai runcit Ah Chiang pada esok pagi atau mencari alternatif (wow, canggih siut zaman dulu dah guna ayat alternatif..haha) lain...

Ahha..baru la beliau terfikir cara lain utk menghilangkan keras hati itu..setelah disemak2 di internet, petua menghilangkan KERAS HATi adalah dilarang tidur selepas makan yer kawan2..

itu saja kali ini...daaaa~

Friday, February 26, 2010

salam maulidur rasul~

salam maulidur rasul kawan2..
sejarah Nabi Muhammad s.a.w saya percaya kalian sudah tahu..
riwayat hidupnya juga begitu...cuma kadang2 ada yang kita terlupa iaitu
sunnahnya yg kita perlu hayati~
mari saya senaraikan :
  1. Memulakan sesuatu dengan Bismillah..
  2. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis..
  3. Sebelum tidur membaca al-ikhlas 3 kali, berselawat keatas nabi dan beristigfar juga memperbanyakkan tasbih,tahlil dan tahmid serta takbir.
  4. Memakai serban bagi lelaki..
  5. memakai kasut dimulai dgn kaki kanan dan membuka kasut dimulai dgn kaki kiri begitu juga kekita keluar dan masuk kerumah...
  6. Seringlah berqiamullail dan solat sunat dhuha
  7. Sebelum makan nasi hendaklah memakan buah2an dan air terlebih dahulu..
  8. hendaklah mengunyah makanan 44 kali
  9. Nabi selalu memulakan makan dengan menggaul makanannya dan mencelup sedikit jari kelingking baginda ka dalam garam sebelum makan, tujuannya amat jelas dan nyata, sumber mineral....
  10.  Ibu kepada sunnah nabi adalah dakwah..
  11. Solat dan makan berjemaah..
  12. bersugi sebelum menunaikan solat..
  13. mandi sebelum Subuh atau sejam sebelum matahari naik..
  14. menjilat hujung2 jari setelah makan..
  15. Tidur sekejap di waktu tengah hari..
  16. Minum segelas air sejuk setiap pagi iaitu air yang disimpan semalaman atau air yg bercampur madu.
  17. baca surah Al-kahfi setiap malam jumaat dapat menghindar dari fitnah Dajal
  18. Rasululah s.a.w. ketika makan dengan cara duduk meletakkan telapak kaki kirinya pada punggung telapak kaki kanannya karena merendahkan diri kepada Rabb-Nya Azza Wajalla dan menghormati makanan..
  19.  Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram 
  20. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita
  21. makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang ...

 
renung2kan dan selamat beramal~hehe

notakaki : segala info adalah sumber dari iLuvislam.com..thanks~

Thursday, February 25, 2010

bersarang dikepala::terbuku dihati::terbeban dibahu::tersarat dijiwa

hurm..
kali nih entry melepaskan tekanan..
melepaskan apa yang bersarang di kepala..
melepaskan apa yang terbuku dihati..
melepaskan apa yang terbeban di bahu..
melepaskan apa yang tersarat di jiwa...

melalui tulisan aku harap dapat meringankan
semua yang bersarang,bersarat,berbuku,bebanan itu...
sebelum itu semua ini telah diluahkan melalui doa kehadrat-NYA
tapi masih jua belum reda..mungkin ujian ini yang harus aku tanggung
sebelum memperolehi keindahan dan ketenangan jiwa...
owh tuhan sangat berat dugaanMU..
aku hampir2 tidak berdaya mengatasi-NYA..

 aku suka cerita neh~BLUes Untuk AkU~

Sunday, February 14, 2010

termakan kata2 sendiri..

ini kisah benar..ya, memang dahsyat..sedih sambil gelak guling2 korang klu fina dah start menaip cerita ini..tiada istilah mengumpat kan kalau cerita pasal diri sendiri.so, teruskan membaca tanpa rasa takut.huhuhu..

begini..sekarang cuaca panas terasa sangat-sangat-sangat la teriknya di waktu tengahari..kan? korang rasa x? waktu2 macam neh fina mulala malas rasanya nak menapak ke kedai mkn waktu lunch masa kat ofis..lebih rela duduk dalam air-cond (yg x berapa nak sejuk jugak) kat ofis tu..tapi hari itu entahla tetiba rasa nak pergi jugak jenguk kedai makan minang yang selalu fina pegi..pergi berdua dgn ofismate.dia mmg cantik maklumla muda lagi baru 19..fina dah layak dipanggil mak budak (klu dah kahwinla) pada usia sekarang.ngeh3..cuma rezeki xde lagi..xpe2..sabar fina..(ceh, fina stop berangan nk ada bayi comel utk dikendong..suami pon xde lagik!haha)
 okeh, sambung..x dinafikan memang kadang2 fina mcm anti lelaki..tp if sebagai kawan, mmg fina mudah mesra..sampai ada yg salah faham dulu..xpela cerita lama kan. hepp, jgn ungkit lagik..huhu..dulu anti tu sampai bila ada yang mula nak kuarkan ayat manis jek mesti fina dah potong dulu ayat dia..okeh sebagai contoh..

situasi : sedang berdating.

lelaki itu : "sayang ni cantikla..suka abg tgk sayang..x jemula.."

fina :(tanpa penapis ayat di sekeliling mulut) ha?? cantik ke?mana ada cantik, merepek jek..Orang gila jek ckp saya neh cantik!huh~


then nk dijadikan cerita masa fina pegi kedai mkn aritu, ada sorg mamat neh dr jauh dah panggil2 kitaorg..knp ntah..nampak mcm mereng jek..tp buat xtau jekla..suddenly dia ikut kitaorg masuk dalam kedai mkn tu jugak..masing2 terus lari berdiri sebelah akak tuan kedai tu..akak tu kata, jgn takut..tu org xbetul tu..bila mamat mereng tu nampak kitaorg lari, dia terus duduk kat kerusi kat situ...then, masa akak tu tgh ceduk makanan yg kitaorg tapau, mamat tu boleh plak cakap..

"adik baju biru neh cantikla..meh dekat abg..."

eee...geli giler!! tula dulu masa org betul2 puji fina cakap mcm2..ha kan skrg mmg betul ada org giler ckp fina cantik..wakakaka!!

 oranggggggggg gila!!

notakaki : moral of the story - jgn suka ckp bukan2!huhu

Thursday, February 11, 2010

menuju ke destinasi..oo...

yeah.ini bukan masa untuk menyanyi kecil lagu siti nurhaliza itu..haha..walaupun lirik itu telah menjadi tajuk, sbnrnya entry ini tiada kaitan dgn penyanyi no 1 malaysia itu...
sebelum neh fina ada khabarkan tentang CBB kan? komuniti yang fina sertai dan ada pangkat sketla dalam tu..
sape2 yang kurang pasti anda boleh lah layari www.chattersbrotherbob.webs.com. Klik saja link tadi..
baru2 neh fina diberi tugasan mencari tempat2 menarik di kelantan..berpinar gak mata nak mencari coz fina tersgtla buta tentang negeri kelantan..keinginan dah lama disuarakan untuk menjenguk negeri ini tapi masa dan jodoh tidak mengizinkan.. sekarang bila dah ada tugasan neh bolela membuka mata luas2 nak meneliti ape yg menarik tentang kelantan..

okeh yang fina jumpa menarik tentang kelantan..

kuih akok..
xsabar nak tgk yang asli betul2 kat sana..walaupun fina xsuka sgt mkn yang manis2 tapi kuih neh begitu memikat mata dan selera..dibuat dari telur dan gula melaka..

 pasar siti khadijah
nama yg diletak bersempena nama isteri nabi Muhammad yg sifatnya suka berniaga...

 
pantai cahaya bulan
pantai yg glamor dan sering menjadi tumpuan pengunjung bila ke kelantan..

last sekali mcm x lengkap la kan klu x makan hidangan ini..
~nasi dagang~

best kan kelantan?? hehe~

Thursday, February 4, 2010

masa itu platinum kan?

ehem..skrg platinum rsnya mahal dr emas.so masa tu dah layak disamakan dgn platinum..hoho..susah skrg fina nak bg komitmen kat blog neh.tp akan berusaha sehabis bole nak update..bukan ape byk sgt asimen CBB yg nak dibuat untuk meeting kali ketiga ahad neh dekat the mines nnti..

tapi dalam sibuk2 tu sempat gak fina baca buku novel yg fina beli kat karangkraf karnival aritu~tu yg makin x jadik niat nak menaip laju2 kat sini..sekarang fina kat ofis..curi masa sket nak update blog..waktu lunch ma..cuaca kat luar masyaAllah panas nyer..xsanggup fina nak melangkah keluar dari ofis yg sejuk beku berkat aircond panasonic neh..huhuhu..

apepOn harap korang sume sihat dan walafiat..fina pon harap meeting nnti akan berjalan lancar tanpa ada ape2 masalah batin dan zahir..

okehla..fina undur diri dulu..nti fina update pasal haiwan yg beremosi lebih dari manusia..haa...menarikkan??huhu..okeh daaa~
nehla salah satu novel yg fina baca..
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space