Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 28, 2010

fina dan kacang ajaib


salam..ceritanya bermula begini..pada zaman tak la dahulu sgt..ada seorg gadis bernama fina yang sangat indah parasnya dan comel.dia memang  tidak gemar memakan kacang apatah lagi menonton rancangan "kacang" di tv1 pada setiap ptg ari minggu. namakan ape sahaja jenis kacang, pastinya sumua itu akan ditolak mentah- mentah..kecuali...kacang bOtak.kenapa? kerana bunyinya sungguh sexy..kacang botak~aww!! haha.(adui gatai nampak??haha)

hendak dijadikan cerita, pada suatu hari sedang dia berjalan2 ternampakla olehnya akan satu notis (zaman dulu panggil notis ke? ah layan jekla..) yang ditampal di satu pohon menyatakan kebaikan makanan2 dan khasiatnya dalam islam..Hampir setengah jam kusyuk membaca (lamanya..kau baca ke eja neh??), arakian ternampakla beliau tentang kebaikan memakan kekacang...

"Semua kekacang menghasilkan kekeringan..Kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana apabila dimakan banyak akan menjejaskan perut..Ada hadis yang mengatakan amalan memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati,mata berair dan menghapuskan kesombongan.."

setelah membaca notis itu, tersedarla beliau bahawa punca kekerasan hati lalu menjadi mafia yang selama ini di beritahu oleh kawan2 mungkin disumbangkan sedikit sebanyak kerana tidak menyukai makan kekacang..
Lalu, terfikirlah oleh beliau bagaimana untuk mengatasi masalah ini...Adakah ingin terus membeli kacang cap ibu jari di kedai runcit Ah Chiang pada esok pagi atau mencari alternatif (wow, canggih siut zaman dulu dah guna ayat alternatif..haha) lain...

Ahha..baru la beliau terfikir cara lain utk menghilangkan keras hati itu..setelah disemak2 di internet, petua menghilangkan KERAS HATi adalah dilarang tidur selepas makan yer kawan2..

itu saja kali ini...daaaa~

No comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space