D, semOga kamu sentiasa diberkatiNYA...
seharusnya banyak pertanyaan dan penjelasan yang fina sgt2 inginkan dari mulut kamu..
cuma fina sendiri tidak mempunyai kekuatan itu utk itu...
ya, kita mmg sering berjumpa dan setiap waktu bertanya hal semasa diri masing2 melalui
teknologi sedia ada..tetapi, setiap kali hati ini resah mengharap jawapan yg pasti, setiap kali itulah
tidak akan keluar persOalan2 itu dari bibir fina...
akhirnya fina sendiri yang akan memendam rasa dan membiarkan semuanya berakhir dgn
tanda tanya...lalu atas dasar itulah terciptanya warkah ini...
lebih sebagai luahan rasa yang tidak pernah terluah walaupun ketika berhadapan dgn kamu..
D, persOalan2 ini hanya bermula dalam sebulan dua ini...sebelum ini tidak ku nafikan hari2 terasa
indah bagaikan melangkah ke alam kayangan...hampir sepanjang masa fina akan sentiasa tersenyum
memikirkan memori2 indah saat bersama kamu..walaupun hanya sekadar satu SMS pendek, sudah mampu membuatkan hati dibuai2 rasa gembira..terkadang terlintas dihati, adakah kamu juga merasainya?
D,ada suatu rahsia yg sudah lama ingin fina tanyakan pada kamu..hari itu, sewaktu fina dtg ke tempat kamu
sekadar utk menjenguk, kamu menawarkan diri utk ke kedai membeli air utk fina..sewaktu kamu telah pergi, fina terlihat telefon bimbit kamu di atas meja..tidak segan silu fina terus membukanya..sejujurnya fina xtahu cara nak menggunakan telefon itu, tetapi fina cuba juga melihat2..akhirnya fina sampai ke "sent items"..
memang berderet nama fina didalam itu..cuma disatu ketika fina terhenti apabila fina ternampak 3 sms ke operator perkidmatan yg diiklankan dalam tv ...pertama , nama wanita dimulai A.., kedua nama fina dan ketiga nama F... kamu tahu apa yg fina rasa? tersentap hati fina sewaktu melihatnya..terasa hancur hati ini kerana sebelum ini fina mempercayai D 120% ..fina tidak rasa D masih dlm proses memilih setelah kita menjadi rapat...terus terang terasa tawar hati ini untuk duduk dikerusi itu lagi..
D, jika fina ikutkan hati, sudah lama fina pergi tanpa menunggu kamu..tp kewarasan akal fina membataskan pergerakan itu..fina cuba mengawal emOsi supaya tidak nmpk dilihat oleh pandangan kamu..
sewaktu kamu dtg, fina sudah tiada daya utk berckp..mata sudah digenangi airmata, cuma ia masih mampu utk dikawal..hampir 20 minit fina duduk,akhirnya fina beritahu yg fina ingin pulang..fina memberi alasan yang fina ada kerja lain..padahal fina sudah tidak mampu mengawal airmata dan kesedihan ini...
D, fina tahu fina sepatutnya bertanya dahulu tntang hal ini pada kamu..cuma, fina takut fina sendiri tidak mampu menerima jawapan2 yang keluar dari mulut kamu...sbb itulah fina memendamkan perkara itu hingga kehari ini..fina ada bertanyakan pada kawan rapat fina, S tentang hal kita..dia belum memberi apa2 pendapat lagi..cuma nasihatnya supaya fina berterus terang dgn kamu...kamu rasa fina mampu ke nak berhadapan dgn kamu..
D, ada satu mlm fina xbole nak melelapkan mata memikirkan apa yg bakal kamu ckp bila fina utarakan soalan ini..mcm2 perkara yg terlintas sehingga akhirnya fina menangis sendiri..bodOhkan? esOknya, kamu ada bertanya pada fina knp mood fina berubah..hati fina terasa ingin sgt utk menceritakan hal sbnr..tetapi akhirnya ia menjadi hal lain..fina katakan pada kamu ianya kerana exam yang bakal menjelang..huh..bila agaknya hati ini akan kuat?
D, belum habis persoalan yg lama itu, timbul lagi persoalan baru..akhir ramadhan lalu fina ada pergi berbuka puasa dgn teman2 baik fina dari zaman Uni dulu..dah lama kami x berjumpa , jadinya perkara yg mnjadi topik perbualan adalah mengenai kisah semasa hidup masing2..fina ada menceritakan tntang kamu..tetapi yang baik2 saja cuma fina nyatakan pada mereka yg fina masih tak pasti tentang pengakhiran kisah kita..seorg dari teman fina berkata " fina, kau kena tanya kemana hala tuju perhubungan kau dgn dia skrg..kita bukan muda lagi..aku takut dia hanya nak mempermainkan2 kau saja..aku terus terang dgn kaula, lelaki zaman skrg mencari perempuan hanya untuk mengisi masa lapang sahaja..sudah nak dpt lelaki yg cari teman sehidup semati..kau kena hati2.." ..erk.terdiam fina seketika..betul ke apa yg dikata? betulkah fina cuma sekadar peneman disaat kamu bosan sahaja?yaAllah..hancur luluh hati ini jika benar yg dikatakannya..
D, salah seorang teman baik fina selalu menceritakn tentang kisah lama kamu tatkala bersama dgn bekas kekasihmu..kadang2 cemburu melintas dihati bila mengenang kmesraan kamu bersama dia..tetapi fina sedar,
itu adalah kisah silam kamu bersama dgnnya..itu hak kamu..dan fina rasa waktu itu pun fina belum mengenali kamu..cuma teman baik fina tu ada berkata..dari apa yg dia nampak dulu dgn skrg, cara kamu layan fina masih belum ditahap yg sama dgn bekas kekasih kamu itu..bila mendgr ayat dia, fina seolah2 baru terfikir adakah fina yg keterlaluan melayan perasaan ini sbnrnya?arrghh..kusut hati hati dan fikiran ini..
D, jika Allah mengizinkan kamu untuk membaca warkah ini..ketahuilah fina sentiasa menunggu penjelasan dari kamu..dan disaat itu jgnla kamu khuatir kerna fina akan cuba menerima apa sahaja jawapan yang keluar dari mulutmu..semOga Allah sentiasa menguatka hati fina untuk menghadapi saat2 mendatang...amin ya rabbal alamin...
notakaki: airmata sememangnya teman sejati seorg perempuan..jika ia tidak mengalir dimata, ketahuilah ia selalu mengalir dihatinya...-(berusaha menghadapi hari dgn tenang..)
3 comments:
hmm..kalau dia dpt bace entry ni kira oke..tp klu dia xbaca..smpi bile kamu nk pendam......
langkah drastik terus luahkan..
xpun tulis;taip surat dlm kertas.sbb klu aku la .. nk luahkan memang payah..so, smpi la ni klu aku ada "misunderstood" dgn en.suami, aku akan tulis2 panjang2 tinggalkan kat stereng kereta atau kat dlm wallet dia :D
klu terus2 cm ni hati kita yg sakit,klu tunggu keberanian utk meluahkan ...agak mustahil, sbb kite bkn hafal skrip tp realiti..jd cube buat plak ape yg aku cadangkn tu..lepas ko letak surat luahan tu kat mana2 ko terus blah, jgn ada dpn mata dia, smpi dia jmp surat tu sendiri, then tunggu respon dia
tp jgn la ko letak surat tu kat tmpt general, takut org lain yg jumpe, letak cm dlm wallet,dlm beg keje dia,or ape2 benda yg sah2 tu milik dia n takde org len pakai.. "selamat mencoooobaaaa
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Post a Comment