Hari ini 31 Disember 2012..Hari terakhir dalam tahun 2012 mengikut kalendar Masihi..
Cuaca hari ni mendung sedikit sbb malam tadi hujan mencurah2 turun ke ladang gandum..he he..
ape merepek daaa...
tajuk post hari ni apa yang paling dicari dalam tahun 2012 kan?
memula aku nak rewind balik apa yang aku cari dalam 2012..
first sekali aku mencari kerja gov yang stabil dengan qualification aku...
banyak tempat aku apply..sampai aku boleh post dalam blog aku nih psl
kerja kosong yang related dgn kos aku jek..account atau audit..
hurm..hasil yang byk jugakla boleh dikata dari usaha yang aku lakukan...
aku byk apply keje...semua badan berkanun dengan gov jekla..
yang aku dapat panggilan interview adala dalam 4 kali..majlis perbandaran sepang, mpaj,
mpm dan perbadanan perwira harta malaysia...dah 2 kali pegi interview asik tak lepas je
buatkan aku dah hampir mls nak interview lagi...tapi aku pergi jugak cuma langsung takde persediaan..
aku ni mudah mesra...so kat tempat interview aku selalu jumpa kawan baru..masa kali ketiga interview tu
aku asyik ketawa ketiwi jek..ha ha..mls nak fikir...last2 aku pulak yang dapat keje tu...
rezeki nak kahwin agaknya...aku dapat keje kat majlis peperiksaan malaysia...tapi kontrak 2 tahun jek...
aku harap masa tu diorg akan renew kontrak aku..hehehe...cinta hati aku suruh terima je..sbb gaji yang aku dapat lebih dari kerja skrg...alhamdulillah...
habis bab kerja..perkara kedua yang paling aku cari dalam tahun 2012 adalah jodoh!! he he..
alhamdulillah..bulan 4 haritu aku dah selamat bertunang...yang paling manis adalah majlis itu jatuh pada
hari lahir aku yang ke 28..yup.28...aku memang dah tua..haha...insyaAllah aku bakal berkahwin tahun hadapan..tarikh masih dalam teka teki..hehe..doakan aku dan cinta hatiku akan kekal hingga ke jinjang pelamin...
apepun untuk tahun hadapan 2013, aku harap semua yang best2 akan berlaku dalam hidup aku...tapi sebanyak mana pun kita berusaha, kadang2 ada sesetengah perkara kalau sudah ditakdirkan, pasti akan berlaku jua...aku harap, aku akan lebih tabah kalau hari2 yang pahit itu tiba...aamiinn...
|| saya dan cinta hati..hehe ||