Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 8, 2010

lama giler..ayarrkk~

sowie sume...
lama  x dpat tulis kat sini...
bukan ape..tenet ada problem sejak bulan oktober lagik..
skrg baru dpt pakai balik...thank GOD!
nak kongsi perkembangan terbaru...
skrg tgh sibuk nak exam...
paper P1 - professional accountants with ethics..


lagik...exam 13 disember 2010 neh...pas exam nak focus untuk cari peserta gath utk gathering yang bakal berlangsung kat pengkalan balak,melaka..hopefully berjaya mencapai target..korang kalau nak ikut mehla bgtau fina...jap2 fina copy iklan dia dalam website rasmi CBB ..www.chattersbrotherbob.webs.com

Komuniti ChattersBrotherBob akan mengadakan gathering di Mahawa Resort , Pengkalan Balak Melaka pada 24, 25 & 26hb Disember 2010.
Tema :
" Keindahan CBB "





    Program ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dan bayaran RM100 akan dikenakan
untuk pakej yang sediakan. Gathering yang bertemakan " KEINDAHAN CBB "
akan mengimbau kembali kenangan-kenangan lampau bersama-sama ahli-ahli CBB. 

Tarikh:
 24hb hingga 26hb Dis 2010 ( 3 hari 2 malam)
Tempat:
 Mahawa Resort, Pengkalan Balak, Melaka
Bayaran:
 RM100.00
Pakej:
Penginapan
Makan dan minum
Aktiviti-aktiviti sukaneka
Karoke
Hadiah
Sijil penyertaan
Goodies
 
CARA PEMBAYARAN :
 Pendahuluan sebanyak RM50 dibayar secara bank-in sebelum 8hb Dis 2010
(bagi tujuan penempahan dan pelarasan program)
dan  pembayaran selebihnya akan dibayar ketika pendaftaran dihari Gath bermula.
 
Maklumat akaun seperti dibawah :
 
No. Akaun:
151258318240
Bank:
MAYBANK
Nama:
 NORAFIQAH BTE KAMARUDIN( SUE )
No. Tel:
012-7711486 / 019-7463453 
Web Rasmi:
www.chattersbrotherbob.webs.com
 
Sesiapa yang telah membuat bayaran, sila maklumkan
untuk memastikan transaksi itu telah diterima dan simpan resit
bank-in sebagai bukti pembayaran & rujukan.
 
 
SYARAT PENYERTAAN :
 
Semua Ahli CBB yang berdaftar dijemput menyertainya dan penyertaan juga di buka kepada sesiapa yang berminat dengan membuat pembayaran seperti yang telah dinyatakan.
Kanak-kanak dibawah 10 tahun mesti sentiasa dalam pengawasan ibu bapa.
Terhad kepada 60 penyertaan sahaja. Pendaftaran segera perlu dibuat sebelum penyertaan ditutup.

PERHATIAN
Anda dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan maklumat terkini
di dalam web site rasmi CBB ini.

Sape berminat leh contact fina gak..
0172029451
Thanks~hehe

Tuesday, October 12, 2010

150 juta kali..

first time dgr hati terus tertarik..cuma bila suh yg tersyg dgr, dia xde feeling..siap kata lagu neh xbest..cett...apela..xde sense of jiwang langsung..hahahahha..never mind, korang ada, so fina kongsi ngan korang jekla..enjOy!



Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

Tuesday, September 14, 2010

..: warkah buat D :..


assalammualaikum sebagai permula bicara warkah ini..
D, semOga kamu sentiasa diberkatiNYA...
seharusnya banyak pertanyaan dan penjelasan yang fina sgt2 inginkan dari mulut kamu..
cuma fina sendiri tidak mempunyai kekuatan itu utk itu...

ya, kita mmg sering berjumpa dan setiap waktu bertanya hal semasa diri masing2 melalui
teknologi sedia ada..tetapi, setiap kali hati ini resah mengharap jawapan yg pasti, setiap kali itulah
tidak akan keluar persOalan2 itu dari bibir fina...
akhirnya fina sendiri yang akan memendam rasa dan membiarkan semuanya berakhir dgn
tanda tanya...lalu atas dasar itulah terciptanya warkah ini...
lebih sebagai luahan rasa yang tidak pernah terluah walaupun ketika berhadapan dgn kamu..

D, persOalan2 ini hanya bermula dalam sebulan dua ini...sebelum ini tidak ku nafikan hari2 terasa
indah bagaikan melangkah ke alam kayangan...hampir sepanjang masa fina akan sentiasa tersenyum
memikirkan memori2 indah saat bersama kamu..walaupun hanya sekadar satu SMS pendek, sudah mampu membuatkan hati dibuai2 rasa gembira..terkadang terlintas dihati, adakah kamu juga merasainya?

D,ada suatu rahsia yg sudah lama ingin fina tanyakan pada kamu..hari itu, sewaktu fina dtg ke tempat kamu
sekadar utk menjenguk, kamu menawarkan diri utk ke kedai membeli air utk fina..sewaktu kamu telah pergi, fina terlihat telefon bimbit kamu di atas meja..tidak segan silu fina terus membukanya..sejujurnya fina xtahu cara nak menggunakan telefon itu, tetapi fina cuba juga melihat2..akhirnya fina sampai ke "sent items"..
memang berderet nama fina didalam itu..cuma disatu ketika fina terhenti apabila fina ternampak  3 sms ke operator perkidmatan yg diiklankan dalam tv ...pertama , nama wanita dimulai A.., kedua nama fina dan ketiga nama F... kamu tahu apa yg fina rasa? tersentap hati fina sewaktu melihatnya..terasa hancur hati ini kerana sebelum ini fina mempercayai D 120% ..fina tidak rasa D masih dlm proses memilih setelah kita menjadi rapat...terus terang terasa tawar hati ini untuk duduk dikerusi itu lagi..

D, jika fina ikutkan hati, sudah lama fina pergi tanpa menunggu kamu..tp kewarasan akal fina membataskan pergerakan itu..fina cuba mengawal emOsi supaya tidak nmpk dilihat oleh pandangan kamu..
sewaktu kamu dtg, fina sudah tiada daya utk berckp..mata sudah digenangi airmata, cuma ia masih mampu utk dikawal..hampir 20 minit fina duduk,akhirnya fina beritahu yg fina ingin pulang..fina memberi alasan yang fina ada kerja lain..padahal fina sudah tidak mampu mengawal airmata dan kesedihan ini...

D, fina tahu fina sepatutnya bertanya dahulu tntang hal ini pada kamu..cuma, fina takut fina sendiri tidak mampu menerima jawapan2 yang keluar dari mulut kamu...sbb itulah fina memendamkan perkara itu hingga kehari ini..fina ada bertanyakan pada kawan rapat fina, S tentang hal kita..dia belum memberi apa2 pendapat lagi..cuma nasihatnya supaya fina berterus terang dgn kamu...kamu rasa fina mampu ke nak berhadapan dgn kamu..

D, ada satu mlm fina xbole nak melelapkan mata memikirkan apa yg bakal kamu ckp bila fina utarakan soalan ini..mcm2 perkara yg terlintas sehingga akhirnya fina menangis sendiri..bodOhkan? esOknya, kamu ada bertanya pada fina knp mood fina berubah..hati fina terasa ingin sgt utk menceritakan hal sbnr..tetapi akhirnya ia menjadi hal lain..fina katakan pada kamu ianya kerana exam yang bakal menjelang..huh..bila agaknya hati ini akan kuat?

D, belum habis persoalan yg lama itu, timbul lagi persoalan baru..akhir ramadhan lalu  fina ada pergi berbuka puasa dgn teman2 baik fina dari zaman Uni dulu..dah lama kami x berjumpa , jadinya perkara yg mnjadi topik perbualan adalah mengenai kisah semasa hidup masing2..fina ada menceritakan tntang kamu..tetapi yang baik2 saja cuma fina nyatakan pada mereka yg fina masih tak pasti tentang pengakhiran kisah kita..seorg dari teman fina berkata " fina, kau kena tanya kemana hala tuju perhubungan kau dgn dia skrg..kita bukan muda lagi..aku takut dia hanya nak mempermainkan2 kau saja..aku terus terang dgn kaula, lelaki zaman skrg mencari perempuan hanya untuk mengisi masa lapang sahaja..sudah nak dpt lelaki yg cari teman sehidup semati..kau kena hati2.." ..erk.terdiam fina seketika..betul ke apa yg dikata? betulkah fina cuma sekadar peneman disaat kamu bosan sahaja?yaAllah..hancur luluh hati ini jika benar yg dikatakannya..

D, salah seorang teman baik fina selalu menceritakn tentang kisah lama kamu tatkala bersama dgn bekas kekasihmu..kadang2 cemburu melintas dihati bila mengenang kmesraan kamu bersama dia..tetapi fina sedar,
itu adalah kisah silam kamu bersama dgnnya..itu hak kamu..dan fina rasa waktu itu pun fina belum mengenali kamu..cuma teman baik fina tu ada berkata..dari apa yg dia nampak dulu dgn skrg, cara kamu layan fina masih belum ditahap yg sama dgn bekas kekasih kamu itu..bila mendgr ayat dia, fina seolah2 baru terfikir adakah fina yg keterlaluan melayan perasaan ini sbnrnya?arrghh..kusut hati hati dan fikiran ini..

D, jika Allah mengizinkan kamu untuk membaca warkah ini..ketahuilah fina sentiasa menunggu penjelasan dari kamu..dan disaat itu jgnla kamu khuatir kerna fina akan cuba menerima apa sahaja jawapan yang keluar dari mulutmu..semOga Allah sentiasa menguatka hati fina untuk menghadapi saat2 mendatang...amin ya rabbal alamin...

notakaki: airmata sememangnya teman sejati seorg perempuan..jika ia tidak mengalir dimata, ketahuilah ia selalu mengalir dihatinya...-(berusaha menghadapi hari dgn tenang..)

Sunday, September 5, 2010

jemputan berbuka puasa bersama..

salam...
hari ini masih lagi dalam mood ramadhan cuma sudah lebih kearah nak berhari raya..
kat mana2 pOn lagu raya jek org pasang...
suasana mmg macam nak raya sgt dah..tp aku sendiri mcm xde ape pOn..
xtaula kenapa...byk sgt benda nak berfikir kOt sampai suram jek taman dalam hati neh..
xde lampu lip lap2 ke ape ke..haha..suram giler...
apa yg meriah kan hari2 aku adalah setiap hari ada jek org boOking 
aku nak ajak buka pose sama2..hahahah
glamer mengalahkan artis...wakaka..
brape byk dah yg aku tOlak...
cuma bila yg tersayang ajak buka pOse sama2 xleh nak tOlak kan..
pegi jugak layankan dia....sayangla kOnon..wakakaka...
tp ada gak aku tOlak pelawaan nya...
sbb aku duk ngan family so susah nak bg komitmen kat org lain...
kawan2 dari jOhor,dari s.alam, dari mana2 la ramai gak ajak buka pOse..
dahla pose 29 @ 30 ari je kan, so dia mcm membuatkan org terburu2 nak buka pose sama2..
arinih pOn ada jemputan ngan best friend aku...
mcm tradisi la kan sbb every year mmg ada buka sama2...
kami dah survey...biasalah mesti pilih yg bawah 50 kan?
korang leh tgk kat web neh..jap2 fina post link dia...


hehehe...daaaa, salam ramadhan..

notakaki : esOk fina akan upload pic gambar kami berbuka pose sama2 yer,InsyaAllah...tunggguuuuu~lalala

Sunday, August 29, 2010

ku cOba bertahan walau apa pun...



 Suara (Ku Berharap) 

by Hijau Daun

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu
bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku..

notakaki: mula mengenali lirik dan lagu yg indah ini menerusi satu caller ringtOne sorg sahabat baik aku..hehe..mmg nice to hear and the lyrics are very meaningful~walaupun agak terlambat tp masih ingin hati ini berkOngsi semuanya  dgn kalian..enjOy it!
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space