Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 8, 2010

lama giler..ayarrkk~

sowie sume...
lama  x dpat tulis kat sini...
bukan ape..tenet ada problem sejak bulan oktober lagik..
skrg baru dpt pakai balik...thank GOD!
nak kongsi perkembangan terbaru...
skrg tgh sibuk nak exam...
paper P1 - professional accountants with ethics..


lagik...exam 13 disember 2010 neh...pas exam nak focus untuk cari peserta gath utk gathering yang bakal berlangsung kat pengkalan balak,melaka..hopefully berjaya mencapai target..korang kalau nak ikut mehla bgtau fina...jap2 fina copy iklan dia dalam website rasmi CBB ..www.chattersbrotherbob.webs.com

Komuniti ChattersBrotherBob akan mengadakan gathering di Mahawa Resort , Pengkalan Balak Melaka pada 24, 25 & 26hb Disember 2010.
Tema :
" Keindahan CBB "





    Program ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dan bayaran RM100 akan dikenakan
untuk pakej yang sediakan. Gathering yang bertemakan " KEINDAHAN CBB "
akan mengimbau kembali kenangan-kenangan lampau bersama-sama ahli-ahli CBB. 

Tarikh:
 24hb hingga 26hb Dis 2010 ( 3 hari 2 malam)
Tempat:
 Mahawa Resort, Pengkalan Balak, Melaka
Bayaran:
 RM100.00
Pakej:
Penginapan
Makan dan minum
Aktiviti-aktiviti sukaneka
Karoke
Hadiah
Sijil penyertaan
Goodies
 
CARA PEMBAYARAN :
 Pendahuluan sebanyak RM50 dibayar secara bank-in sebelum 8hb Dis 2010
(bagi tujuan penempahan dan pelarasan program)
dan  pembayaran selebihnya akan dibayar ketika pendaftaran dihari Gath bermula.
 
Maklumat akaun seperti dibawah :
 
No. Akaun:
151258318240
Bank:
MAYBANK
Nama:
 NORAFIQAH BTE KAMARUDIN( SUE )
No. Tel:
012-7711486 / 019-7463453 
Web Rasmi:
www.chattersbrotherbob.webs.com
 
Sesiapa yang telah membuat bayaran, sila maklumkan
untuk memastikan transaksi itu telah diterima dan simpan resit
bank-in sebagai bukti pembayaran & rujukan.
 
 
SYARAT PENYERTAAN :
 
Semua Ahli CBB yang berdaftar dijemput menyertainya dan penyertaan juga di buka kepada sesiapa yang berminat dengan membuat pembayaran seperti yang telah dinyatakan.
Kanak-kanak dibawah 10 tahun mesti sentiasa dalam pengawasan ibu bapa.
Terhad kepada 60 penyertaan sahaja. Pendaftaran segera perlu dibuat sebelum penyertaan ditutup.

PERHATIAN
Anda dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan maklumat terkini
di dalam web site rasmi CBB ini.

Sape berminat leh contact fina gak..
0172029451
Thanks~hehe

Tuesday, October 12, 2010

150 juta kali..

first time dgr hati terus tertarik..cuma bila suh yg tersyg dgr, dia xde feeling..siap kata lagu neh xbest..cett...apela..xde sense of jiwang langsung..hahahahha..never mind, korang ada, so fina kongsi ngan korang jekla..enjOy!



Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

Tuesday, September 14, 2010

..: warkah buat D :..


assalammualaikum sebagai permula bicara warkah ini..
D, semOga kamu sentiasa diberkatiNYA...
seharusnya banyak pertanyaan dan penjelasan yang fina sgt2 inginkan dari mulut kamu..
cuma fina sendiri tidak mempunyai kekuatan itu utk itu...

ya, kita mmg sering berjumpa dan setiap waktu bertanya hal semasa diri masing2 melalui
teknologi sedia ada..tetapi, setiap kali hati ini resah mengharap jawapan yg pasti, setiap kali itulah
tidak akan keluar persOalan2 itu dari bibir fina...
akhirnya fina sendiri yang akan memendam rasa dan membiarkan semuanya berakhir dgn
tanda tanya...lalu atas dasar itulah terciptanya warkah ini...
lebih sebagai luahan rasa yang tidak pernah terluah walaupun ketika berhadapan dgn kamu..

D, persOalan2 ini hanya bermula dalam sebulan dua ini...sebelum ini tidak ku nafikan hari2 terasa
indah bagaikan melangkah ke alam kayangan...hampir sepanjang masa fina akan sentiasa tersenyum
memikirkan memori2 indah saat bersama kamu..walaupun hanya sekadar satu SMS pendek, sudah mampu membuatkan hati dibuai2 rasa gembira..terkadang terlintas dihati, adakah kamu juga merasainya?

D,ada suatu rahsia yg sudah lama ingin fina tanyakan pada kamu..hari itu, sewaktu fina dtg ke tempat kamu
sekadar utk menjenguk, kamu menawarkan diri utk ke kedai membeli air utk fina..sewaktu kamu telah pergi, fina terlihat telefon bimbit kamu di atas meja..tidak segan silu fina terus membukanya..sejujurnya fina xtahu cara nak menggunakan telefon itu, tetapi fina cuba juga melihat2..akhirnya fina sampai ke "sent items"..
memang berderet nama fina didalam itu..cuma disatu ketika fina terhenti apabila fina ternampak  3 sms ke operator perkidmatan yg diiklankan dalam tv ...pertama , nama wanita dimulai A.., kedua nama fina dan ketiga nama F... kamu tahu apa yg fina rasa? tersentap hati fina sewaktu melihatnya..terasa hancur hati ini kerana sebelum ini fina mempercayai D 120% ..fina tidak rasa D masih dlm proses memilih setelah kita menjadi rapat...terus terang terasa tawar hati ini untuk duduk dikerusi itu lagi..

D, jika fina ikutkan hati, sudah lama fina pergi tanpa menunggu kamu..tp kewarasan akal fina membataskan pergerakan itu..fina cuba mengawal emOsi supaya tidak nmpk dilihat oleh pandangan kamu..
sewaktu kamu dtg, fina sudah tiada daya utk berckp..mata sudah digenangi airmata, cuma ia masih mampu utk dikawal..hampir 20 minit fina duduk,akhirnya fina beritahu yg fina ingin pulang..fina memberi alasan yang fina ada kerja lain..padahal fina sudah tidak mampu mengawal airmata dan kesedihan ini...

D, fina tahu fina sepatutnya bertanya dahulu tntang hal ini pada kamu..cuma, fina takut fina sendiri tidak mampu menerima jawapan2 yang keluar dari mulut kamu...sbb itulah fina memendamkan perkara itu hingga kehari ini..fina ada bertanyakan pada kawan rapat fina, S tentang hal kita..dia belum memberi apa2 pendapat lagi..cuma nasihatnya supaya fina berterus terang dgn kamu...kamu rasa fina mampu ke nak berhadapan dgn kamu..

D, ada satu mlm fina xbole nak melelapkan mata memikirkan apa yg bakal kamu ckp bila fina utarakan soalan ini..mcm2 perkara yg terlintas sehingga akhirnya fina menangis sendiri..bodOhkan? esOknya, kamu ada bertanya pada fina knp mood fina berubah..hati fina terasa ingin sgt utk menceritakan hal sbnr..tetapi akhirnya ia menjadi hal lain..fina katakan pada kamu ianya kerana exam yang bakal menjelang..huh..bila agaknya hati ini akan kuat?

D, belum habis persoalan yg lama itu, timbul lagi persoalan baru..akhir ramadhan lalu  fina ada pergi berbuka puasa dgn teman2 baik fina dari zaman Uni dulu..dah lama kami x berjumpa , jadinya perkara yg mnjadi topik perbualan adalah mengenai kisah semasa hidup masing2..fina ada menceritakan tntang kamu..tetapi yang baik2 saja cuma fina nyatakan pada mereka yg fina masih tak pasti tentang pengakhiran kisah kita..seorg dari teman fina berkata " fina, kau kena tanya kemana hala tuju perhubungan kau dgn dia skrg..kita bukan muda lagi..aku takut dia hanya nak mempermainkan2 kau saja..aku terus terang dgn kaula, lelaki zaman skrg mencari perempuan hanya untuk mengisi masa lapang sahaja..sudah nak dpt lelaki yg cari teman sehidup semati..kau kena hati2.." ..erk.terdiam fina seketika..betul ke apa yg dikata? betulkah fina cuma sekadar peneman disaat kamu bosan sahaja?yaAllah..hancur luluh hati ini jika benar yg dikatakannya..

D, salah seorang teman baik fina selalu menceritakn tentang kisah lama kamu tatkala bersama dgn bekas kekasihmu..kadang2 cemburu melintas dihati bila mengenang kmesraan kamu bersama dia..tetapi fina sedar,
itu adalah kisah silam kamu bersama dgnnya..itu hak kamu..dan fina rasa waktu itu pun fina belum mengenali kamu..cuma teman baik fina tu ada berkata..dari apa yg dia nampak dulu dgn skrg, cara kamu layan fina masih belum ditahap yg sama dgn bekas kekasih kamu itu..bila mendgr ayat dia, fina seolah2 baru terfikir adakah fina yg keterlaluan melayan perasaan ini sbnrnya?arrghh..kusut hati hati dan fikiran ini..

D, jika Allah mengizinkan kamu untuk membaca warkah ini..ketahuilah fina sentiasa menunggu penjelasan dari kamu..dan disaat itu jgnla kamu khuatir kerna fina akan cuba menerima apa sahaja jawapan yang keluar dari mulutmu..semOga Allah sentiasa menguatka hati fina untuk menghadapi saat2 mendatang...amin ya rabbal alamin...

notakaki: airmata sememangnya teman sejati seorg perempuan..jika ia tidak mengalir dimata, ketahuilah ia selalu mengalir dihatinya...-(berusaha menghadapi hari dgn tenang..)

Sunday, September 5, 2010

jemputan berbuka puasa bersama..

salam...
hari ini masih lagi dalam mood ramadhan cuma sudah lebih kearah nak berhari raya..
kat mana2 pOn lagu raya jek org pasang...
suasana mmg macam nak raya sgt dah..tp aku sendiri mcm xde ape pOn..
xtaula kenapa...byk sgt benda nak berfikir kOt sampai suram jek taman dalam hati neh..
xde lampu lip lap2 ke ape ke..haha..suram giler...
apa yg meriah kan hari2 aku adalah setiap hari ada jek org boOking 
aku nak ajak buka pose sama2..hahahah
glamer mengalahkan artis...wakaka..
brape byk dah yg aku tOlak...
cuma bila yg tersayang ajak buka pOse sama2 xleh nak tOlak kan..
pegi jugak layankan dia....sayangla kOnon..wakakaka...
tp ada gak aku tOlak pelawaan nya...
sbb aku duk ngan family so susah nak bg komitmen kat org lain...
kawan2 dari jOhor,dari s.alam, dari mana2 la ramai gak ajak buka pOse..
dahla pose 29 @ 30 ari je kan, so dia mcm membuatkan org terburu2 nak buka pose sama2..
arinih pOn ada jemputan ngan best friend aku...
mcm tradisi la kan sbb every year mmg ada buka sama2...
kami dah survey...biasalah mesti pilih yg bawah 50 kan?
korang leh tgk kat web neh..jap2 fina post link dia...


hehehe...daaaa, salam ramadhan..

notakaki : esOk fina akan upload pic gambar kami berbuka pose sama2 yer,InsyaAllah...tunggguuuuu~lalala

Sunday, August 29, 2010

ku cOba bertahan walau apa pun...



 Suara (Ku Berharap) 

by Hijau Daun

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu
bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku..

notakaki: mula mengenali lirik dan lagu yg indah ini menerusi satu caller ringtOne sorg sahabat baik aku..hehe..mmg nice to hear and the lyrics are very meaningful~walaupun agak terlambat tp masih ingin hati ini berkOngsi semuanya  dgn kalian..enjOy it!

Friday, August 27, 2010

shall we lOve?

inilah persOalan dihati setelah mengetahui sesuatu itu....
agak pilu, agak sayu tetapi tiada apa yg dapat dilakukan 
untuk mengubati hati luka~
lagu ini bakal menerangkan segala2nya...

Layu Di Hujung Mekar - Rio

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi..

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri...
 
notakaki : saya suka dengar radio BEST104..seronok sgt..lagi2 bila time kul 12 mlm ke atas..syOk dgr lagu2 meruntun jiwa...lagu neh baru jek dgr tadi...iiskkk...T-T

Tuesday, August 17, 2010

ahlan wasahlan ya Ramadhan Al-Mubarak~

setiap kali ramadhan mesti terkenang mereka yg dikejauhan.
dulu masa duk hOstel, terkenang mak ngan adik2 sume tgh sedap2 menikmati 
juadah yg masyukkk..sedangkan kita yg kat hOstel neh makan ala kadar jek..
lagi2 sape yg duk uitm dulu dan skrg mesti faham sangat ngan makanan 
kat "Dining" tu mcmana kan?
sedih jek..nak pOse pon xde mood...huhuh..
tapi kena bersyukur jugak sbb masih ada makanan untuk dinikmati..
Alhamdulillah...
tapi fina lagi DOUBLE syukur sbb ada Roomate yang baik hati!!!
salah seorg roomate fina memperkenalkan satu juadah sahur yg sangat memikat hati..
memikat sampai dah bertahun2 kali ramadhan, fina masih terkenangkan juadah itu..

tau tak ape benda?okeh..cepat ambik kertas salin resepi ini..wah! gitu..siap nak salin resepi..mwahahaha...
simple jek..dOnt worry..hehe.. mula2..sediakan ini..




  kemudian....ini...


seterusnya..ambik pinggan..dan mulala makan...hahaha...sedap wooo..
betul2 Ho liOw~hehehe...daaaa~


notakaki :

Wednesday, July 28, 2010

salah faham atau selisih faham..

haa..fina nak tanya korang..salah faham ke atau selisih faham? mana satu yg betul utk menerangkan
keadaan apabila seseorang telah salah memahami setiap perkataan atau perbuatan atau niat seseorang yang lain?
klu tanya fina, dua2 pon bole~haha...yela dua2 pon korang fhm kan maksud dia..so dua2 pOn leh pakaila..

kenapa dgn tajuk neh cik fina oit...nehla dia, semlm sewaktu berjumpa dengan kawan2 kat sesuatu tempt tu..seseorg telah mengutarakan cerita tentang persOalan2 yg didengar dari sebelah fina atas kata2 fina..

fina dengar je terus rasa nak jawab jek...tpkan, fikir2 balik fina rasa better diamkan je dulu..dengar sampai habis then baru balas balik...selepas seseorg tu bercerita, fina terus jawab withOut any hesitation (bak kata org jawa..hahaha )segala perkara yg berbangkit tu...

mmg mostly apa yg seseorg tu kOmen terdpt byk salah faham dgn apa yg fina niatkan..siap kata fina berfikiran negatif..maklumla, dgr pOn dr org tengah sO apa sbnr niat fina mungkin disalah terjemahkan oleh mereka..

apepOn, fina harap salah faham neh akan terungkai sbb biasanya sape2 yg kenal fina dgn mendalam, xkan jumpa apa2 statement fina yg mementingkan diri sendiri sbb fina mmg PANTANG org yg bersikap mcm tu. fina sendiri mmg mudah jatuh kesian dan fina sebOleh2 akan cuba mendahului pihak2 lain dalam setiap perbuatan fina..

secara mudahnya, fina nak ckpla..klu diorg rasa fina neh salah sbb menegur perbuatan diorg, fina x kisah and fina terima. tapi fina nak diaOrg tau, apa2 juga yg fina ckp tu fina hrp diorg sendiri fikir balik dan jgn sampai org lain plak yg persoalkan benda neh dikemudian hari..waktu tu, fina punya nasihat and pandangan pOn dah basi disebabkan salah diorg sendiri...sekian.

notakaki: kita sebagai manusia, klu boleh elakkan diri dari pepatah ini ----->"dah ludah pastu jilat balik".


Monday, July 26, 2010

lama..mmg lama...

salam all..
kata kawan fina..dah berkarat blog neh..hehehe..
siap bersawang2 kiri kanan..hahaha..yeke?
tapi diorg xperasan kot yg fina dah upah org suh
bersihkan sume daki2 tu..ehehe..
siap upah tu..haha..xdela..xde sape pon yg
sudi nak tlg jengukkan blog neh sbb...
HANYA FINA SORG YG TAU PASSWORD NYA...
huhuhu.. maafla..2-3 bulan neh fikiran agak bercelaru 
menghadapi cabaran duniawi yg sentiasa menghamburkan
segala permasalahan ke permukaan untuk dinikmati
setiap insan yg berada diatasnya...(wah, bole fhm ke ayat merapu neh..hahaha)
fina sentiasa mengharapkan semOga Ilahi memberi 
barakah keatas setiap apa yg fina lalui..
semOga tiada sedikit pon yg menjadi kesalan dalam 
meniti ranjau kehidupan...,InsyaAllah..
ape pOn fina harapkan korang sume....

Friday, May 28, 2010

senyum sejenak..

 tak perlu cakap byk..mari senyum seketika~




haa...kan manis nampak muka tu..senyum la sket lagi yer...hehehe

Thursday, April 29, 2010

share some thoughts..


Sebenarnya sekilas pandang terbaca di muka depan blog tadi...dia kata -
blog neh biasanya digunakan untuk berkongsi pemikiran masing2..
cakap pasal pemikiran, nak tau ape pemikiran aku 2-3 minggu neh?
headache giler!ar, kejap nak betulkan balik..pemikiran x sakit tp otak yg sakit..
ntahla byk sgt yg difikirkan..
tapi dgn org lain pandai plak aku nasihat diorg...
ayat klise yg selalu dikeluarkan adalah,
"dahla...benda dah berlalu..apa nak difikirkan lagi.."
atau
"xpayahla fikir banyak2..nnti bole migrain tau!"
adess...bila dah kena kat batang idung sendiri, ayat klise mcm tu dah x mainla!
gelak sorang2 bila kenangkan nasihat2 dan motivasi kat member...
macam baru2 neh sorang kawan baik aku masa universiti dulu  memberi khabar 
berita yg dia dah nak melangsungkan perkahwinan..nah, kad dia pon dah sampai depan mata neh ha...
time kasih abg posmen..abg posmen kena keje elok2..gaji nak naik jap lagi...huhu..
seronok kan klu jadik abg posmen..mesti tersenyum jek hari2 bila antar surat..hahah~
ha dah ke laut la plak cik syahidah oi...okeh, sambung...lagi dua minggu dia nak bersanding, 
tetiba aritu call dia cakap, dia ditimpa accident..aduhai..nasib baik tuan punya badan xde ape..
cuma kesian sbb kereta dia dahla mati roadtax bulan neh pastu ditambah lg kos nak kena ketuk and cat..
bergesel ngan bas kat lorong tol..bas ngan gen 2 dua2 xnak mengalah..hambik kau...ades...tp
kejadian eksiden dia mengingatkan tentang kejadian eksiden aku dulu...
lebih kurang jugakla cerita dia..
tapi aku dulu wira hijau dgn saga putih..baru sebulan beli kereta, aku dah eksiden..huhu
tapi member baik aku tadi..dah hampir 7 tahun bawak keta xpenah eksiden..mmg expert la..
tetiba eksiden...kenapa aku kata dia expert? dulu dia yg ajar aku bawak keta secara haram tau..huhuhu..
sebenarnya entri aku dah kelaut neh..aku nak ckp yg aku runsing...hurh!
gila punya runsing sampai aku rasa klu xde iman aku mesti dah buat yg bukan2...
banyak yg terbuku kat jiwa,,,sampai aku rasa tuhan x adil dgn aku..
tapi cepat2 akal waras aku menidakkan percakapan aku tu sbb aku dikira kufur kerana x bersyukur dgn ape yg tuhan bagi dan sediakan utk aku...astagfirullahalazim...sedihnya...
teringat abby fana punya ayat aritu aku dgr kat sinar.fm..

"Hanya Allah yg benar2 tau apa yg terbaik utk setiap manusia...walaupun kita rasa mcm kita tau apa yg kita nak dan patut buat, tetapi hanya Allah yg layak mengatakan kau harus buat ini, itu dan itu.."

nota kaki: tergamam dgr ayat dia kerana sesungguhnya aku dah jauh terlanjur dalam tidak sedar di setiap kata2 yg aku luahkan...hurm...

Tuesday, April 27, 2010

lama sgt ke?

heeeeeeeeeeeeeee...rindula kat korang~
mula2 ada satu soalan, persoalannya, lama sgt ke?
apa yang lama sgt tu? dah xyah tanya2 lagi..lama sgt x menulis blogla...
bukan ape..ada sket kesibukan yang melanda diri..
malam tadi siap termimpi2 blog neh bersawang2..kesian dia...
tapi actually lebih kesian kat diri sendiri sbb nak urus diri pon xsempat..
asik urus masalah org jek...seb baik dapat duit..klu x, mau nya aku nak buat...
sebut pasal duit..dah agak nak masuk 10 bulan aku keje kat tempat baru, perasaan selesa tu
susah betul nak timbul...walaupun duit yg diterima bulan2 lebih meriah dan menebalkan poket,
tapi hati x gembira langsung...
ceh, xkanla x gembira at all kan? yerp, ini ada lah kebenaran bahawa hati ini xgembira...
dah mati akal xtau nak buat ape...xtau ape yg akan menggembirakan hati..
ahad lepas adala tertekan button remote astro kat rumah baru tu..
tertengokla plak cerita korea..bukak2 jek terus subtittle dia ckp mcm neh..

"kau nampak apa yg kat bawah tu?"
"nampak, pasir la..kan kita kat tepi laut?"
"aku xnampak pasir sahaja,aku nampak pasir yg boleh dicampur tanah dan apabila dibakar akan menjadi bata, bata apabila dikumpulkan akan menjadi sebuah bangunan.kau fhm maksud aku?"
"aku faham, kau nak aku memajukan diri sendiri kan? mcm pasir ini yang jika diusahakan boleh menjadi bangunan.."
"bagus, akhirnya kau sedar, kau harusla memajukan diri kau untuk memenuhi impian kau kelak..."


nota kaki: memang impian aku nak maju dan boleh menjana kewangan utk diri sendiri, persoalannya bila??

Tuesday, March 16, 2010

perkahwinan meriah dia~


selamat pengantin baru buat farah wahidah dan pasangannya Iskandar...dulu fina penah letak majlis pertunangan diorg..sekarang neh alhamdulillah dah ada ikatan suami dan isteri..Allah itu maha kaya memanjangkan jodoh mereka..harap berkekalan hingga hujung usia~amin...



majlis diadakan di Dewan alumni, utm skudai dekat jer ngan umah kak farah..ramai yang hadir..cuma masa fina sampai xde nampak kawan2 lain..nampak kawan rapat kak farah jek...sebelum ke pelamin kena bayar tol..kesian keluarga pengantin lelaki kena mengadap org2 yg mintak angpau~hahah..
tak percaya tgk pic kat bawah~lalala~



selepas tu barula mereka sama2 melangkah ke pelamin..sepadan beb~hehe

dah letih kepOh2 tangkap gambar segala bagai, tibalah masa mencuba juadah yg disediakan....wahhh..korang xyahla bayangkann...biar fina tunjuk jek kat dalam neh..mmg masyukkkk~




ha....best kan??? ape lagi..korang cepatla kawen..leh fina rasa nasi minyak korang plak..hehehehe~


kepada kak farah dan iskandar..selamat berbahagia...hehe..*wink*

Monday, March 1, 2010

TrOuble is a friend by Lenka

 Firsttime dengar lagu neh kat radiO terus suka~xtaula kenapa..maybe sbb dia ala2 melOdi klasik gitu..
dah berapa lama cari tp xtau sape nyanyi..akhirnya aritu tgk tv, si cantik manis Jaclyn Victor nyanyi utk konsert jOm heboh! barula tau tajuk and sape penyanyi sebenar dia..hehe..bestla..
mari hayati liriknya~

TrOuble is a Friend 
BY LENKA

Trouble will find you no mater where you go, oh oh.
No Matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh.
The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh.
Your fine for a while but then start to loose control.

He's there in the dark,
he's there in my heart,
he waits in the winds
he's gotta play a part.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh.
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh.
He sees what I see and he knows what I know, oh oh.
So don't forget as you ease on down the road.

So don't be alarmed if he takes you by the arm.
I won't let him win, but im a sucker for his charm.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. Oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel.
And how I try to make him leave; I try.
Oh Oh I try!

ha? suka jugak?? meh download kat SINI..

~dalam hati ada taman~

Sunday, February 28, 2010

fina dan kacang ajaib


salam..ceritanya bermula begini..pada zaman tak la dahulu sgt..ada seorg gadis bernama fina yang sangat indah parasnya dan comel.dia memang  tidak gemar memakan kacang apatah lagi menonton rancangan "kacang" di tv1 pada setiap ptg ari minggu. namakan ape sahaja jenis kacang, pastinya sumua itu akan ditolak mentah- mentah..kecuali...kacang bOtak.kenapa? kerana bunyinya sungguh sexy..kacang botak~aww!! haha.(adui gatai nampak??haha)

hendak dijadikan cerita, pada suatu hari sedang dia berjalan2 ternampakla olehnya akan satu notis (zaman dulu panggil notis ke? ah layan jekla..) yang ditampal di satu pohon menyatakan kebaikan makanan2 dan khasiatnya dalam islam..Hampir setengah jam kusyuk membaca (lamanya..kau baca ke eja neh??), arakian ternampakla beliau tentang kebaikan memakan kekacang...

"Semua kekacang menghasilkan kekeringan..Kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana apabila dimakan banyak akan menjejaskan perut..Ada hadis yang mengatakan amalan memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati,mata berair dan menghapuskan kesombongan.."

setelah membaca notis itu, tersedarla beliau bahawa punca kekerasan hati lalu menjadi mafia yang selama ini di beritahu oleh kawan2 mungkin disumbangkan sedikit sebanyak kerana tidak menyukai makan kekacang..
Lalu, terfikirlah oleh beliau bagaimana untuk mengatasi masalah ini...Adakah ingin terus membeli kacang cap ibu jari di kedai runcit Ah Chiang pada esok pagi atau mencari alternatif (wow, canggih siut zaman dulu dah guna ayat alternatif..haha) lain...

Ahha..baru la beliau terfikir cara lain utk menghilangkan keras hati itu..setelah disemak2 di internet, petua menghilangkan KERAS HATi adalah dilarang tidur selepas makan yer kawan2..

itu saja kali ini...daaaa~

Friday, February 26, 2010

salam maulidur rasul~

salam maulidur rasul kawan2..
sejarah Nabi Muhammad s.a.w saya percaya kalian sudah tahu..
riwayat hidupnya juga begitu...cuma kadang2 ada yang kita terlupa iaitu
sunnahnya yg kita perlu hayati~
mari saya senaraikan :
  1. Memulakan sesuatu dengan Bismillah..
  2. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis..
  3. Sebelum tidur membaca al-ikhlas 3 kali, berselawat keatas nabi dan beristigfar juga memperbanyakkan tasbih,tahlil dan tahmid serta takbir.
  4. Memakai serban bagi lelaki..
  5. memakai kasut dimulai dgn kaki kanan dan membuka kasut dimulai dgn kaki kiri begitu juga kekita keluar dan masuk kerumah...
  6. Seringlah berqiamullail dan solat sunat dhuha
  7. Sebelum makan nasi hendaklah memakan buah2an dan air terlebih dahulu..
  8. hendaklah mengunyah makanan 44 kali
  9. Nabi selalu memulakan makan dengan menggaul makanannya dan mencelup sedikit jari kelingking baginda ka dalam garam sebelum makan, tujuannya amat jelas dan nyata, sumber mineral....
  10.  Ibu kepada sunnah nabi adalah dakwah..
  11. Solat dan makan berjemaah..
  12. bersugi sebelum menunaikan solat..
  13. mandi sebelum Subuh atau sejam sebelum matahari naik..
  14. menjilat hujung2 jari setelah makan..
  15. Tidur sekejap di waktu tengah hari..
  16. Minum segelas air sejuk setiap pagi iaitu air yang disimpan semalaman atau air yg bercampur madu.
  17. baca surah Al-kahfi setiap malam jumaat dapat menghindar dari fitnah Dajal
  18. Rasululah s.a.w. ketika makan dengan cara duduk meletakkan telapak kaki kirinya pada punggung telapak kaki kanannya karena merendahkan diri kepada Rabb-Nya Azza Wajalla dan menghormati makanan..
  19.  Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram 
  20. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita
  21. makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang ...

 
renung2kan dan selamat beramal~hehe

notakaki : segala info adalah sumber dari iLuvislam.com..thanks~

Thursday, February 25, 2010

bersarang dikepala::terbuku dihati::terbeban dibahu::tersarat dijiwa

hurm..
kali nih entry melepaskan tekanan..
melepaskan apa yang bersarang di kepala..
melepaskan apa yang terbuku dihati..
melepaskan apa yang terbeban di bahu..
melepaskan apa yang tersarat di jiwa...

melalui tulisan aku harap dapat meringankan
semua yang bersarang,bersarat,berbuku,bebanan itu...
sebelum itu semua ini telah diluahkan melalui doa kehadrat-NYA
tapi masih jua belum reda..mungkin ujian ini yang harus aku tanggung
sebelum memperolehi keindahan dan ketenangan jiwa...
owh tuhan sangat berat dugaanMU..
aku hampir2 tidak berdaya mengatasi-NYA..

 aku suka cerita neh~BLUes Untuk AkU~

Sunday, February 14, 2010

termakan kata2 sendiri..

ini kisah benar..ya, memang dahsyat..sedih sambil gelak guling2 korang klu fina dah start menaip cerita ini..tiada istilah mengumpat kan kalau cerita pasal diri sendiri.so, teruskan membaca tanpa rasa takut.huhuhu..

begini..sekarang cuaca panas terasa sangat-sangat-sangat la teriknya di waktu tengahari..kan? korang rasa x? waktu2 macam neh fina mulala malas rasanya nak menapak ke kedai mkn waktu lunch masa kat ofis..lebih rela duduk dalam air-cond (yg x berapa nak sejuk jugak) kat ofis tu..tapi hari itu entahla tetiba rasa nak pergi jugak jenguk kedai makan minang yang selalu fina pegi..pergi berdua dgn ofismate.dia mmg cantik maklumla muda lagi baru 19..fina dah layak dipanggil mak budak (klu dah kahwinla) pada usia sekarang.ngeh3..cuma rezeki xde lagi..xpe2..sabar fina..(ceh, fina stop berangan nk ada bayi comel utk dikendong..suami pon xde lagik!haha)
 okeh, sambung..x dinafikan memang kadang2 fina mcm anti lelaki..tp if sebagai kawan, mmg fina mudah mesra..sampai ada yg salah faham dulu..xpela cerita lama kan. hepp, jgn ungkit lagik..huhu..dulu anti tu sampai bila ada yang mula nak kuarkan ayat manis jek mesti fina dah potong dulu ayat dia..okeh sebagai contoh..

situasi : sedang berdating.

lelaki itu : "sayang ni cantikla..suka abg tgk sayang..x jemula.."

fina :(tanpa penapis ayat di sekeliling mulut) ha?? cantik ke?mana ada cantik, merepek jek..Orang gila jek ckp saya neh cantik!huh~


then nk dijadikan cerita masa fina pegi kedai mkn aritu, ada sorg mamat neh dr jauh dah panggil2 kitaorg..knp ntah..nampak mcm mereng jek..tp buat xtau jekla..suddenly dia ikut kitaorg masuk dalam kedai mkn tu jugak..masing2 terus lari berdiri sebelah akak tuan kedai tu..akak tu kata, jgn takut..tu org xbetul tu..bila mamat mereng tu nampak kitaorg lari, dia terus duduk kat kerusi kat situ...then, masa akak tu tgh ceduk makanan yg kitaorg tapau, mamat tu boleh plak cakap..

"adik baju biru neh cantikla..meh dekat abg..."

eee...geli giler!! tula dulu masa org betul2 puji fina cakap mcm2..ha kan skrg mmg betul ada org giler ckp fina cantik..wakakaka!!

 oranggggggggg gila!!

notakaki : moral of the story - jgn suka ckp bukan2!huhu

Thursday, February 11, 2010

menuju ke destinasi..oo...

yeah.ini bukan masa untuk menyanyi kecil lagu siti nurhaliza itu..haha..walaupun lirik itu telah menjadi tajuk, sbnrnya entry ini tiada kaitan dgn penyanyi no 1 malaysia itu...
sebelum neh fina ada khabarkan tentang CBB kan? komuniti yang fina sertai dan ada pangkat sketla dalam tu..
sape2 yang kurang pasti anda boleh lah layari www.chattersbrotherbob.webs.com. Klik saja link tadi..
baru2 neh fina diberi tugasan mencari tempat2 menarik di kelantan..berpinar gak mata nak mencari coz fina tersgtla buta tentang negeri kelantan..keinginan dah lama disuarakan untuk menjenguk negeri ini tapi masa dan jodoh tidak mengizinkan.. sekarang bila dah ada tugasan neh bolela membuka mata luas2 nak meneliti ape yg menarik tentang kelantan..

okeh yang fina jumpa menarik tentang kelantan..

kuih akok..
xsabar nak tgk yang asli betul2 kat sana..walaupun fina xsuka sgt mkn yang manis2 tapi kuih neh begitu memikat mata dan selera..dibuat dari telur dan gula melaka..

 pasar siti khadijah
nama yg diletak bersempena nama isteri nabi Muhammad yg sifatnya suka berniaga...

 
pantai cahaya bulan
pantai yg glamor dan sering menjadi tumpuan pengunjung bila ke kelantan..

last sekali mcm x lengkap la kan klu x makan hidangan ini..
~nasi dagang~

best kan kelantan?? hehe~

Thursday, February 4, 2010

masa itu platinum kan?

ehem..skrg platinum rsnya mahal dr emas.so masa tu dah layak disamakan dgn platinum..hoho..susah skrg fina nak bg komitmen kat blog neh.tp akan berusaha sehabis bole nak update..bukan ape byk sgt asimen CBB yg nak dibuat untuk meeting kali ketiga ahad neh dekat the mines nnti..

tapi dalam sibuk2 tu sempat gak fina baca buku novel yg fina beli kat karangkraf karnival aritu~tu yg makin x jadik niat nak menaip laju2 kat sini..sekarang fina kat ofis..curi masa sket nak update blog..waktu lunch ma..cuaca kat luar masyaAllah panas nyer..xsanggup fina nak melangkah keluar dari ofis yg sejuk beku berkat aircond panasonic neh..huhuhu..

apepOn harap korang sume sihat dan walafiat..fina pon harap meeting nnti akan berjalan lancar tanpa ada ape2 masalah batin dan zahir..

okehla..fina undur diri dulu..nti fina update pasal haiwan yg beremosi lebih dari manusia..haa...menarikkan??huhu..okeh daaa~
nehla salah satu novel yg fina baca..

Saturday, January 30, 2010

++kali ini belajar P2- Corporate Reporting++

salam..
semester ini sudah bermula kira2 3 minggu lepas.dah masuk 3 kali kelas jika kira untuk esok skali..hehe~
masa daftar aritu dah memang menetapkan hati nak ambil subjek ini P2 -Corporate Reporting. walaupun subjek ini adalah satu "killer paper" tapi disebabkan jadual kelas yg best terus fina ambik:)) haha..kelas ari ahad kul 10 sampai 1 ptg..kira ok la kan..sabtu fina keje..mmg susah nak gi kelas..maybe next sem nak ambik dua paper..
satu kelas sabtu..satu kelas ahad..nak cuba la..harap2 lulus paper semester lepas..mesti kelas sabtu fina xleh dtg selalu..bila x keje jek baru dtg~huhuh:))

itu part yg gembira..rasa hati seronokk nak mulakan study subjek ini..tp yg xseronoknya bila salah seorg member kami yang sama2 parttime tidak memunculkan diri masa hari pendaftaran sampai la kini...bosan dia xde sbb dia agak pandai jugak..anything x pasti selalu refer kat dia..dahla ambil killer paper sem nih dia plak x dtg..maybe daftar subjek pon x?? emm..xtaula kenapa..dia plak susah sgt nak angkat phone bila call or balas any msg..dia dah sound awal2 masa semestar lepas..dia mmg susah nak tgk hp kadang2 mmg terlupa terus ada hp..ades...yg fina plak..hp bagaikan nyawa..klu xde hp mcm ilang nyawa..maknanya skrg ini saya ada 2 nyawa la..haha sbb ada 2 hp..

semester neh lecturer still lelaki dan ehem agak hensem disitu..haha(memilih sey..)muda tapi unfortunately just married okeh!haha..xpela janji dia ajar teknik utk lulus..bagus itu yg kita cari..walaupun byk yg dia mintak..nak annual reportla nak suh print stds la..mcm2la tapi  still masih bole dilayan..baru 3 kelas dah tebal giler notes yg diterima..huhuhu..apepon hopefully fina dapat mengikuti semua pelajaran dengan jayanya..

ha esok fina kan dapat buku teks utk subjek ini..mcmnehla rupanya....

Wednesday, January 27, 2010

++ cemburunya lihat mereka | xsedar dah 100 entry..++

salam...xsedar la actually entry ini adalah yg ke 101..huhu..alhamdullilah..syukur masih dianugerahkan nikmat utk berfikir dan menaip oleh ILAHI..actually seperti yg dijanjikan fina nak sambung citer pasal cemburunya lihat mereka...siapa mereka?? xdela siapa pon sebenarnya..begini..

masa hari daftar di uitm tu fina xmkn ape2 dari pagi..so masa sibuk2 tu mmg lupa la nak mkn...dah abes daftar then sampai terserempak ngan kawan seuitm melaka dulu pon masih xingat nak makan lagi..bila turun dari menara fakulti tu barula terasa pedih perut..turun fakulti ada cafe di tingkat 1..so bergegasla mencari ape yg bole dimakan..

malangnya waktu dah menunjukkan ke pukul 1230pm..jadinya berbondong2 la semua pelajar memenuhi segala ruang dan meja disana..aduhai..sedih betul..lauk pon dah tinggal sket..xsanggup nak beratur..nasib baik luar kawasan cafe itu ada jual air singgit dan beger..fina pon pegila kat kaunter beger tu order beger daging spesel (wah xnak kalah melayan nafsu mkn..haha) dia kata okeh, adik tunggu kejap ye..fina pon tunggula..masa menunggu tu datang la sepasang kekasih(fina agakla) berdiri kat tepi gerai beger tu mungkin nak order berger gak.. perbualan diorg lebih kurang mcm neh..

lelaki : "awak, nak mkn ape?" ayam ke daging? ke awak nak mkn lain?
pompuan : "awak plak?"
lelaki : "saya ikut awak..nak beger kita mkn begerla..janji awak kenyang.."
pompuan : "perut saya kecik je mmg bole kenyang..tapi awakkan salunya nak nasi bila lunch?"
lelaki : "xpe saya bole tahan..ptg nnti kita mkn sama2 lagi eh?"
pompuan : "ok..ptg kita makan nasi pulak.sian awak nnti lapar.."
lelaki : "ok petang mkn nasi.." (lalu mereka pon order 2 beger ayam biasa)

hurm...romantiknyer..masing2 xpentingkan diri...huhu..tula yg buat aku jeles sekejap...muahahaha...
sebab dulu masa study kt universiti, fina xde peluang nak dating..reason yg utama sbb xde yang nak la kan..hahahah tapi reason yg kedua neh la penyebab org xnak kat fina..(bagi finala..)



~zaki & amir~

fina masa kat uitm dulu bestfriend fina dua org lelaki..belajar sama2..outing ke bandar sama2..sampai ada jugak yg confuse fina neh kapel dgn yg mana satu?? xkan dua2 kot...haha~padahal, dua2 pon bukan..tu kot sbb xde sape lelaki nak dekat..haha~actually, fina dah anggap mereka tu mcm adik badik fina sendiri..suka duka fina diorg mesti akan tahu dulu..mak ayah fina pon tau fina kawan ngan diorg sbb diorg penah tido tau kat umah fina!! punyala rapat kami ni..klu keluar rumah ngan diorg xpe balik lambat2..klu ngan org len 1001 soalan akan ditanya! aduhai~persahabatan kitaorg masih bertahan sampai skrg...

 apepOn, fina percaya soal jodoh..klu ada jodoh xkemana kan??hehe. 
(ha ada sesuatu tentang "jodoh" akan di ceritakan di lain entry..)

Tuesday, January 26, 2010

++ironinya rm1 | cemburunya lihat mereka++



salam..pada 12 jan 2010 yang lepas, fina kena registerkan diri untuk new semester ACCA..Alhamdullilah berjalan lancar cuma ada kejadian yang fina nak dedahkan.(wah, mcm edisi siasat la plak men dedah2 neh..haha)

xde ape cuma sebelum register kat s.alam tu fina kena bayar yuran dulu kan bank islam..kesibukan bekerja menghalang fina utk ke bank islam..xkan nak cuti plak semata2 nak gi beratur kat bank islam kan? so fina ambik keputusan nak pergi byr yuran masa hari nak daftar jekla..

mula2 pegi bank islam kat ampang..cari punya cari tapi xjumpa..xtaula tempat yg google map tunjuk tu betul ke x..hurm..so last2 pegi kat wangsa maju..kat wangsa maju tu fina mmg tau sbb dulu masa keje ngan company lawyer firm selalu kena outstation sana..

masa nak tunggu giliran dalam 15 org lagi..fina siap2kanla apebenda yg fina nak kena sediakan untuk pembayaran tu..dah siap isi slip bank, fina kuarkan duit..RM565.00 .agak mahal sbb yuran kelas RM450 dan yuran untuk semestar RM115.. masa kira2 tu fina dah terlebih keluarkan RM1 dari dalam purse..so masukkan la balik..sambil tunggu lama2 tu fina siap leh susun2 duit yang dalam purse ikut nilai..RM1 depan sekali pastu RM5 pastu RM10 akhir skali RM50...adess..siap simpan purse dalam beg..pastu siap zip..pastu kebetulan ada paper clip dalam beg so lepas fina susun duit yg fina nak byr tu ikut nilai, fina clipkan kat slip tu skali..wah rajin giler nampak...nama pon bakal akauntan..(ceh fina poyo jek~hahaha)

then ting! kuar no fina kat screen (ceh ada bunyik ting ke??) fina pon pegila kaunter...fina bagila slip tadi..then lepas dia dah siap key in..dia cakap mcm neh.."DIK, ADA RM 1 TAK?? SBB KITA CAS RM1 YER UNTUK TRANSAKSI PEMBAYARAN YURAN UITM NIH." 

erkkk...patutla tadi jari aku tergatal keluarkan lebih RM1 rupanya mmg nak kena byr untuk cas transaction dia...aduhai..penat jek susun pastu simpan cantik2 dalam purse..kwang..kwang..kwang...

notakaki: cerita yg bertajuk cemburunya lihat mereka tu sambung entry akan dtg k..hehe
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space